PETUA

Memperbanyakkan Susu


1. Kerap Menyusui Bayi

Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.



2. Amalan Tradisi

Orang-orang lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu, minuman oat, barli, longan kering soya.



3. Makan Herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam (cara pengambilannya sama seperti halba), fenugreek n alfalfa(yang terdapat di Shaklee).



4. Minum Air 3liter Sehari

Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Amat penting bagi ibu yang menyusui bayi minum air 3liter sehari. Ini kerana susu dihasilkan dengan air. Jika air di dalam badan ibu tidak mencukupi, maka susu tidak dapat dihasilkan dengan lebiih banyak. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.



5. Posisi Yang Betul

Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.



6. Pengambilan Vitamin

Pengambilan vitamin amat perlu untuk kesihatan ibu dan bagi menambahkan lagi nutrien,zat serta vitamin di dalam susu kerana diet seharian ibu yang menyusukan anak perlu di ambil 2x ganda kerana segala yang dimakan akan diberi pada si manja melalui susu ibu. Bagi ibu yang bekerja pasti tidak dapat memenuhi nutrien,zat dan vitamin yang diperlukan jadi ini lah perlunya pengambilan vitamin.