Membuang Kerak Di Kepala Bayi

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

InsyaAllah menjadi la petua ni..
Selamat mencuba!!

Salam ukhuwahfillah.. :)

Merangsang Minda Bayi



Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

Melegakan Selsema Bayi



Ambil sebiji kunyit hidup, dibakar dan patahkan/potong atau gosokkan pada batu. Kemudian sapukan pada batang hidung dan ubun-ubun bayi anda. InsyaAllah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

** ini petua dari emak Sha.. Selamat mencuba!!

Salam ukhuwahfillah.. :)

Traditional Family Planning

Traditional Family Planning

1. Ambil Manjakani
  • Letakkan sebiji manjakani di atas nasi yang baru di masak.
  • Kepalkan manjakani tersebut bersama nasi dan dimakan berulam kunyit hidup.
  • Diulang makan sebanyak 3kali pada hari yang sama.
 ** diamalkan setiap kali selepas habis haid.


2. Cuci bersih
  • sejurus selepas bersama suami perlu mencangkung dan cuci bersih alat sulit bagi mengeluarkan air mani.
  • elakkan daripada teruskan baring/tidur selepas bersama suami.
** diamalkan setiap kali selepas bersama suami.


3. Elak bersama suami ketika waktu subur
  • untuk mengetahui waktu subur, periksa alat sulit. Jika ada lendir jernih yang pekat keluar dari alat sulit, itu bermakna anda sedang subur. Kadangkala anda akan dapat lihat lendir tersebut semasa buang air kecil.

Petua-petua ni Sha dapat dari seorang ibu yang berjaya menjarakkan kehamilan 3-4 tahun setiap anak dengan mengamalkan semua petua di atas ni..
Selamat mencuba!! :)

Salam ukhuwahfillah..